Apa itu gold premium atau silver premium?

Setiap pembelian emas (dan silver) keluaran Public Gold, ada satu caj yang dinamakan “gold premium” dan “silver premium”. Jadual premium dikemas kini pada  1 Ogos 2017.

Caj ini dikenakan untuk setiap pembelian samada pembelian biasa (non-GAP) atau pembeli melalui Akaun Emas GAP.


Apakah sebenarnya caj premium?

Caj Gold Premium sebenarnya adalah kos logistik Public Gold menghantar emas untuk memudahkan pembeli emas ambil dari mana-mana cawangan Public Gold terdekat seluruh Malaysia dan Indonesia. Untuk makluman pembaca, emas Public Gold dijual berdasarkan harga emas dunia secara real time. Harga tersebut belum termasuk kos logistik (menggerakkan produk) kecawangan berhampiran dengan kita.



Harga tertera di PG Sell belum ditambah dengan caj premium di atas

Bagaimana cara jimatkan kos caj “premium”?

Untuk jimat caj ini, beli (atau keluarkan dari Akaun Emas GAP) item yang lebih berat. Contohnya, caj Gold Premium untuk gold bar 1 gram ialah RM10 keping.


Kalau keluarkan 10 keping, maksud nya kita perlu bayar RM100 (RM10 x 10 keping).



Anda perlu bayar RM 100 untuk gold premium

Untuk lebih jimat, keluarkan sahaja gold bar 10 gram x 1 keping. Caj nya hanya RM15 sekeping.

Jimat RM85 (RM100 – RM15).

Lebih besar item emas yang dikeluarkan, lebih murah “kos per gram” untuk caj Gold Premium. Ini disebabkan caj premium dikenakan berdasarkan jenis ITEM, bukan caj “per gram”.

Adakah ia caj penghantaran (pos) kepada pembeli?

Bukan. Caj Gold Premium bukanlah caj penghantaran kepada pembeli seperti caj poslaju.
Untuk penghantaran terus ke alamat pembeli, ianya dikenali sebagai Gold In Transit (GIT). 
Pada hujung 2020 pembeli emas boleh buat pengeluaran akaun emas dengan GIT juga.

Adakah sama caj premium pembelian biasa dan pembelian secara EPP?

Berbeza. Untuk pembelian secara EPP, ada caj tambahan dikenakan.

Pengiraan: PG SELL + Premium Caj + EPP Premium

Rujuk jadual di bawah.

Contohbelian 1 Dinar Emas oleh Ali dengan kaedah EPP

PG Sell : RM1,154 Harga yang tertera di website

Caj Gold premium: RM10

EPP Premium: RM5

Total: RM1,169

Contoh yang lain,

Abu dari Kuala Lumpur membeli emas pada 31.3.2018 dengan kaedah EPP 10
Harga 10g                           = RM2416
EPP Premium Fees                  = RM10
Gold Premium West M'sia= RM15
Jumlah semua adalah        = RM 2441

Ada juga promosi dimana tidak perlu membayar EPP premium, jad anda boleh jimat di sana. Beli semasa promosi2 tersebut berlangsung.

Kenapa Public Gold kenakan caj Gold Premium walaupun kita ambil sendiri emas di cawangan Public Gold terdekat?

Cawangan Public Gold tidak menyimpan stok emas yang banyak. Stok emas Public Gold disimpan di Public Safe yang terletak di Bayan Lepas, Penang (Malaysia). Cawangan Public Gold hanyalah distribution centre.

Stok yang disimpan di cawangan hanyalah dalam jumlah yang sesuai dengan jumlah jualan sesuatu branch.

Ok, Public Gold juga memberi peluang untuk menjana pendapatan pasif 

Seperti dimaklumkan, insentif Public Gold berikan kepada dealer (pengedar rasmi) adalah:

1. Normal Dealer – 1%

2. Priority Dealer – 1.5%

3. Master Dealer – 2%

Bagi yang berminat membeli emas Public Gold, DAFTAR dulu secara PERCUMA sebagai “registered customer” Public Gold.  Apa yang akan anda dapat kalau mendaftar dengan saya? 

Anda akan mendapat

1. Support group percuma sepanjang hayat

2. Rebate RM 10

3. FREE GIFT dari saya, untuk lebih lanjut tentang FREE gift, sila wasap saya 

Kalau ada apa-apa persoalan, wasap saya pada bila-bila masa di sini. Saya telah aktif menyimpan emas bersama Public Gold semenjak tahun 2014.