1. Apa itu EPP?
EPP ialah Easy Payments Purchase. Satu kaedah belian emas secara ansuran. Dalam Public Gold, ada EPP 10 dan EPP 4. Ada juga barang kemas yang di bayar selama 6 bulan iaitu EPP 6.
EPP 10 bermaksud bayar ansuran selama 10 bulan dan EPP 4 bermaksud membeli emas bayar ansuran selama 4 bulan.

*Kadang kadang, ada promosi khas yang membolehkan anda membeli emas sekecil 1 dinar, dan promosi EPP Premium, maksudnya anda tak perlu bayar EPP Premium, dah boleh jimat sedikit*

Ia peluang anda membeli emas masa depan pada harga harini.

2. Adakah ia patuh syariah?
Ya kaedah belian emas secara EPP ada sijil patuh syariah dari panel syariah Amanie Advisors.

3. Bilakah saya perlu membuat bayaran?

Sebaik sahaja anda sahkan mahu buat belian EPP, staff akan lock harga dan hantar "Proforma Invoice" yang menyatakan jadual tarikh pembayaran berserta amaun melalui email atau wassap. Sila jelaskan pembayaran pertama dalam tempoh 7 selepas mendapat Proforma Invoice.

Contoh Invoice untuk 1 Dinar dengan bayaran secara EPP 10

4. Jika harga emas naik adakah ansuran bulanan saya naik??
Ansuran bulanan tidak akan berubah sama ada emas naik atau turun kerana anda telah 'lock' harga. Anda perlu ikut sahaja jadual seperti dalam invoice.

5. Bagaimana saya nak bayar?

Anda boleh bayar melalui online secara FPX, atau transfer secara online ke Bank. Bagi yang tiada akaun online, anda boleh bayar di branch terdekat. Kalau bayar online sila upload bukti pembelian anda dalam website. Dan seterusnya wassap bukti bayaran itu kepada branch. Cara upload payment proof kedalam website Public Gold

8. Bilakah emas boleh di ambil?
Lepas habis bayar, anda boleh terus ambil emas anda di cawangan terdekat, atau menggunakan kaedah GIT(Postage Berinsurance oleh Pihak Public Gold)

9. Bolehkah saya selesaikan pembayaran EPP lebih awal tanpa mengikut jadual?
Boleh. Lagi cepat anda habis bayar lagi cepat dapat emasnya. Tiada penalti dan tiada pengurangan terhadap pembayaran.

10. Bolehkah saya batalkan EPP setengah jalan?
Boleh. Beritahu staff Public Gold untuk membatalkan EPP. Wang anda akan dipulangkan tetapi anda akan dikenakan penalti. Kadar Penalti ialah 5% dari keseluruhan harga emas yang telah anda lock.

11. Kalau saya nak lock sendiri, boleh ke?

Ya boleh jika anda sudah ada PG code. Boleh klik di
sini untuk cara lock dalam website.

4.  Ada caj premium tambahan dikenakan. Kadang-kadang Public Gold ada buat promosi pembelian secara EPP tanpa ada caj EPP premium tambahan.

Item paling kecil kalau nak beli secara EPP ini, ialah 1 dinar (4.25 gram). Komitmen bayaran hanyalah sekitar RM200 sahaja setiap bulan. Cukup 4 bulan, boleh ambil emas itu. 

Ok, Public Gold juga memberi peluang untuk menjana pendapatan pasif 

Seperti dimaklumkan, insentif Public Gold berikan kepada dealer (pengedar rasmi) adalah:

1. Normal Dealer – 1%

2. Priority Dealer – 1.5%

3. Master Dealer – 2%

Bagi yang berminat membeli emas Public Gold, DAFTAR dulu secara PERCUMA sebagai “registered customer” Public Gold.  Apa yang akan anda dapat kalau mendaftar dengan saya? 

Anda akan mendapat

1. Support group percuma sepanjang hayat

2. Rebate RM 10

3. FREE GIFT dari saya, untuk lebih lanjut tentang FREE gift, sila wasap saya 

Kalau ada apa-apa persoalan, wassap saya pada bila-bila masa di sini. Saya telah aktif menyimpan emas bersama Public Gold semenjak tahun 2014.